gambar yang tuan-tuan lihat di atas adalah salah satu jalan masuk ke medan ijtimak yang di ambil di salah sebuah penginapan di medan ijtimak tongi,bangladesh yang di anjurkan oleh jemaah tabligh,..
berpusu-pusu manusia ke perhimpunan ini bukan nak tunjuk perasaan bantah itu dan ini.. tiada bena-bena..(sepanduk atau poster) menyokong si Anu atau membantah si Anu.. tiada sebarang consert nashid di sini..atau bukan nak tengok BARCELONA lawan MANCHESTER UNITED..atau nak tengok LEE CHENG WEI lawan LEEN DAN ..tiada pergaduhan dan pertelingkahan di sini..
hanya yang kedengaran sahutan salam bersalam antara mereka..
hanya yang terlihat manis muka mereka antara satu dengan yang lain..
mereka datang dari kampung yang berlainan..lain pertuturan..lain bangsa..lain keluarga..
atas satu maksud,berhimpun untuk memuji dan membesarkan Allah serta menselawati keatas junjungan besar kita baginda S.A.W..sambil menghubungkan silaturahin antara sesama insan yang mendukung kalimah Lailahailallah,muhammadurrasulullah.
dalam perhimpunan ini wujudnya suasana yang telah wujud 1424 tahun dahulu di madinatul munawarah di zaman hayatnya kekasih Allah Muhammad S.A.W.
tiada caci mencaci.. memburukkan si Anu..semua nya tunaikan hak orang lain,..tiada yang menuntut hak,.masing-masing anggap orang lain lebih baik dari diriku sendiri.. dan masing - masing menganggap akulah yang bersalah,akulah yang jahil..akulah yang perlu berkhidmat kepada orang lain..
kulit hitam dan putih makan dalam satu dulang.. pemerintah dan yang di perintah makan lauk yang sama.. tidak nampak perbezaan kasta (darjat) di sini..
pengisian dalam perhimpunan ini adanya majlis-majlis ulama.. yang akan beri fikir akhirat,.
semua orang akan dengar nasihat2 dari ulama yang telah menghabiskan hayat mereka dalam usaha kenabian ini,..
waktu solah jemaah lebih 3 juta manusia meluruskan sof sepanjang 3 kilometer dan 2 kilometer ke belakang,berdiri menghadap Qiblat di pimpin 1 imam mereka menumpukan jasad dan ruh mereka menghadap Rab yang menjadikan langit dan bumi tanpa 1 speaker pun..yang ada hanya 1000 orang yang dilantik menjadi mukabir (orang yang menyampaikan takbir imam dengan suara yang kuat)
ulama yang akan beri fikir (nasihat ) terdiri dari orang-yang yang lama dalam usaha dakwah ini mereka mereka itu dah pergi seluruh dunia dengan duit sendiri tanpa sponser se sen rupiah pun dari kerajaan (tak kira lah kerajaan pusat ka perut ka) atau mana2 compeny..
pengorbanan mereka untuk agama lebih teruk dari pengorbanan ahli dunia untuk dapatkan dunia..
ada dia antara mereka yang sanggup berjalan dari lahore ke delhi di jalan Allah.. dalam masa setahun.. ada yang lebih dari itu..
itu pun mereka masih kata.."aku tak buat apa-apa pun untuk agama ni.... apalah sangat aku ni nak dibandingkan dengan sahabah R.hum."
ni.. ni dia orang yang cakap dia quran dan hadis..jiwa dia ke arah jiwa sahabat...hati..dia lebih risau ummat dari risau sarapan pagi.. ni dia orang yang kasih kan Allah dan Rasul lebih daripada seorang lelaki kasihkan bini di malam pertama..
orang macamni lah yang akan beri ucapan kepada 3 juta manusia lelaki islam disana.. selesai perimpunan ada ulama yang di putuskan untuk doa penutup.. masa ni hampir 6 juta biji mata insyaAllah akan mengalirkan titisan air mata.. memang tidak pun setiktik dua pun memang keluar.. kalau di himpunkan airmata ni aku ingat airnya cukup untuk mandi wajib 1 orang kot..
selepas selesai doa maka di bentuklah jemaah jemaah khuruj,yang akan keluar keseluruh dunia... masa aku pegi tahun 2006 dulu ada lebih dari 3780 jemaah daripadanya 13oo jemaah adalah jemaah 4 bulan dan 650 jemaah keluar negeri.. purata setiap jemaah ada lebih kurang 10-15 orang ..
jadi..aku nak cakap pun korang tak caya..aku dah tunjuk gamba pun tak caya... aku tunjuk video pun bnyak yang tak caya.. nak tau..korang pegilah sendiri... tiket penerbangan dari KUL-DKHA-KUL (kuala lumpur - dhaka-kuala lumpur) penerbangan Malaysia Airlines (MAS)(murah Rm 1480) hubungi 0193801760 (hj abu bakar) seri petaling.

6 comments:
touch_skill said...
hantar jemaah sebanyak mungkin ke sabah dan serawak... tempat yang subur,kalau tak di tanam benih..lalang,rumput,pohon berduri akan tubuh.. binatang berbisa akan membiak.. orang sabah serawak tak banyak terdedah dengan dunia seperti orang di semenanjung.. lembut..muudah tashkil.. tinggal tunggu pengorbanan orang semenanjung datang sabah..
azharjaafar said...
touch_skill; InsyaAllah. Untuk bulan Ogos 2008, KL azam hantar 8 jemaah ke S/S. Alhamdulillah, berkat risau tuan2, 14 jemaah telah dihantar. Macamana pun masih belum mencukupi untuk memenuhi takaza S/S. Doa tuan...
sekarang di labuan ada 3 jemaah,1 jemaah 4 bulan dalan negeri yang telah bergerak 2 bulan ,beufort,2 bulan labuan..1 lagi jemaah seri petaling,ustaz abdullah md ameer.. anak syura seremban ,1 lagi jemaah dari madrasah tomboro jakarta yang bergerak 2 minggu untuk labuan dan brunei...kota kinabalu
Salam ramadan dari saya....
Subhanallah!Ana gak yang masih tertipu oleh dunia yang dah kena cerai talak tiga ngan Hazrat Ali r.a.Doa lah ana pun dapat sambut takaza seluruh alam nie..Umat tengah menderita nie..
salam..doakan ana supaya terpilih..
tuan font warna hijau yang digunakan x sesuai lah. Mohon tukar.
Post a Comment