
nahmaduhu wanusolli ala rasulihil karim... amma ba'du..
tuan tuan yang dimuliakan...
sebenarnya kemuliaan ,kehinaan adalah juga ciptaan Allah..
sesiapa sahaja yang Allah S.W.T. kehendaki dia mulia.. maka tetap baginya kemuliaan walaupun berhimpun semua makhluk di langit dan di bumi berusaha untuk menghinakannya.
begitu juga sebaliknya sesiapa sahaja yang Allah S.W.T kehendaki dia hina.. maka tetap baginya kehinaan walaupun berhimpun seluruh makhluk di langit dan di bumi berusaha untuk memuliakanya...
untuk memuliakan seseorang..Allah tidak perlu naik kan atas takhta menjadi raja,
atau menangkan dalam pilihan raya supaya dia jadi presiden
atau beri dia rupa yang cantik,tampan sedapkan suara dia jadi artis..
atau beri dia harta,emas,perak,minyak,duit jadikan dia jutawan dan sebagainya...
tetapi syarat kemuliaan disisi Allah adalah taqwa dengan iman yang tulin
untuk dapat iman sedemikian maka usaha nabi S.A.W perlu di buat dengan cara yang nabi S.A.W telah buat..
untuk buat usaha nabi:
tak perlu kerusi di parliment
tak perlu Diploma,master,phd..double degree..
tak perlu memangkah atau di pangkah
tak perlu angkat m-16,steyer,reifelt
tak perlu buat Album nyayian nashid,ketuhanan...
tak perlu buat persatuan islam..
tak perlu 1 sen rupiah punnn..
apa yang perlu.. adalah kerisauan dan keinginan terhadap agama.. bagaimana diri aku ini boleh amalkan agama cara nabi S,A.W..dan macamana ummat ini keseluruhannya boleh amalkan agama yang sempurna,mati dengan iman dalam ke Redho an Allah S.W.T ,selamat dari neraka masuk syurga tanpa hisab atau singgah dalam neraka sesaat pun.
dengan kerisauan inilah akan gerakkan
kaki untuk datang kepada perintah-perintah Allah S.W.T
kaki ini juga akan bergerak dari pintu ke pintu jumpa manusia dari akar umbi penginapan manusia di muka bumi ini.
telinga akan mencari-cari suara yang akan menceritakan kuasa mutlak Allah S.W.T
telinga ini jugak akan menolak semua ketegori muzik dan bunyi hiburan
mulut akan keluarkan suara membesarkan Dzat Allah S.W.T serta merendahkan kudrat makhluk.akan ceritakan hayat nabi-nabi dan pengorbanan dalam membuat dakwah serta kehidupan sahabah R.A.hum
mulut ini juga akan mengeluarkan lafaz dzikir,pagi dan petang dan setiap perbuatan akan di soundtrack kan dengan doa masnun..kecuali di tandas,
mulut ini jugak akan membaca Quran siang dan malam..
mata akan lihat objek yang halal di lihat,akan lihat kebaikan saudara islam dan kebaikan ummat,
mata ini akan terbuka di tengah malam dan akan keluarkan air tangisan dalam doa jika terlihat kesalahan ummat
tangan akan buat kebaikan pada umat,dan tangan ini juga akan menadah di tengah malam untuk rayu Allah S.W.T supaya selamatkan ummat seperti seorang pengemis menadah unutk sesuap nasi.
hati akan sentiasa gelisah..tentang kehidupan Akhirat.. dan suatu persoalan akan menghantui fikiran:-
"kalau aku mati sekarang adakah Allah S.W.T dengan aku?..apakah yang akan jadi pada ummat?..siapa yang akan pujuk mereka supaya datang kepada perintah Allah S.W.T..? adakah di akhirat aku boleh lepas dari mahkamah Allah. daripada dakwaan dan tuntutan ummat ini..?aku tak sampai lagi kerumah si fulan itu..sedangkan dia tahu aku selalu kemasjid..mungkin dia ternanti-nati baku datang kerumahnya.. kalau aku mati.. di Akhirat nnti dia tak akan lepaskan aku.. Ya Allah ampunkan aku".. aku solat..tetapi aku mencuaikan tanggungjawab UMMAT yang sebenar..ini adalah amanat nabi dan kekasihmu..tapi aku tak mampu sempurnakan dalam hayat ku"..ya Allah ampunkan aku.."
adakah semua yang aku kata di atas perlu 1 sen?
perlu undi? pangkah?perlu naik parliment? perlu sebutir peluru?perlu buat Album?perlu isi borang?perlu tubuhkan persatuan?perlu yuran?perlu itu dan ini..? haaaaa
kan aku dah kata.. no need anythinks
tapi perlu buat kerja nabi s.a.w cara nabi yang asal 1428 tahun dulu.. tanpa modifite ikut trend n kepala hotak sendiri.. dah tak perlu master mind lagi.. semua dah siap ada . peper work dah ada 6666 ayat tu la.. ikut jaa.. model dah ada Rasulullah s.a.w... n telah pun di praktikan oleh 124000 para sahabat R.A,Hum.. dan hasil dah terbukti..2/3 dunia (70% ) dunia ni bawah ta'luk orang islam.. masa tu xda internet pun..takda orang islam naik ke angkasa pun.. tak ada pilihan raya pun.. tak ada 1 kumpulan sahabat pun yang buat persatuan islam.. tak ada 1 album nasyid pun yang di nyanyikan oleh sahabat.. tak da universiti islam pun.. tapi anak2 orang islam jadi alim alimah.. hafiz hafizah.. besar ada yang jadi gabenor.. zaman hadrat umar islam merebak (explore) 52 batu (mile sehari).. kerajaan demi kerajaan kafir jatuh di bawah tapak kaki sahabat.. tanpa angkat sebilah pedang pun.. harta Rome Dan Farsi datang ke madinah ,gudang baitulmal di madinah tak cukup..sampai lebihan harta tu termasuklah mahkota Caisier (raja Rome)di longgok di padang pasir.. bebulan bulan terbiar.. sahabat tengok kemudian jalan..tengok..jalan ..tengok..jalan 1 sen haram tak ambik.. bila hadrat umar R.A kira harta ni 1 cincin pun tak hilang.. cek punya cek 1 mahkota jatuh tergolek kena kaki hadrat umar... dia pun geleng kepala..kemudian dia nangis dan dia kata
"ini lah dunia..inilah yang kamu anggap kemuliaan.. kini kemuliaan kamu di bawah tapak kaki aku.. kalau lah benda ini baik..sudah tentu dia akan datang kepada orang yang terbaik..tapi sayang.. kamu tak datang semasa hayat kekasih ku Muhammad S.A.W..makhluk terbaik..sekarang.. pergi!!..jauh!..jauh!..jauh dari ku!.."hadrat umar R.A terus sepak mahkota ini..
jadi tuan tuan..atas usaha dakwah dan tabligh yang dilaksanakan oleh sahabat R.A Hum inilah kita dapat sembah Allah sehingga ke hari ini..oleh itu mula saat ini pertama-tama kita kena taubat,istighfar atas 1 dosa yang besar..iaitu..selama ini kita mencuaikan tugas dakwah ... dan kita trus terjun takkan tengok belakang lagi..tiada apa yang menghalang aku lagi dari membuat kerja sebenar aku sebagai ummat ini lagi.. dan jadikan agama ini maksud hidup... inshaAllah!!!
untuk itu langkah pertama.. pergi masjid,jumpa dengan orang2 yang dah memang sedia ada dah buat kerja ini..bagi azam dengan mereka..ikut belajar iman..agama..kehidupan nabi..tinggalkan rumah..3 hari di surau lain atau lebih baik 40 hari di kawasan negeri kita atau negeri-negeri dalam negara kita..atau lagi..lagi..lagi..baik 4 bulan ke india pakistan dan bangladesh untuk lebih faham keja dakwah ini..azam!! insyaAllah..semoga Allah terima niat tuan2..amin..
No comments:
Post a Comment