
Asalamualaikum...
semoga Allah S.W.T memberi saya kebaikan yang ada pada tuan2 serta menjauhkan tuan2 semua dari keburukan yang ada pada saya...
semoga tuan-tuan disana sedang sibuk menjalankan tugas sebenar kita sebagai ummat kepada nabi akhir zaman,.. dan giat melaksanakan amal baironi dan makomi,
dalam mesyuarat oleh syura2 malaysia bersama elderst2 di india dan pakistan pada ijtimak raiwind november lalu,syura2 malaysia menjemput elderst supaya dapat datang ke malaysia tahun 2009,.. jawapan yang di berikan adalah mereka bersetuju untuk datang ke Asean dalam safar mereka yang melibatkan negara Malaysia, Singapore, Indonesia dan Philipines.
syura-syura malaysia memutuskankan supaya diadakan ijtimak (perhipunan semalaysia) ketika kedatangan mereka ke malaysia pada 9 hingga 15 julai 2009..
sehubungan dengan itu rakan seusaha di seluruh negara diminta supaya tingkatkan pengorbanan serta menyediakan diri untuk menyempurnakan takaza-takaza agama samaada makomi atau baironi,.
bentuk jemaah khususnya orang-orang lama supaya dapat nusrah jemaah-jemaah yang bergerak di kawasan sabkuzari masing-masing dalam usaha memantapkan usaha di setiap kampung,setiap masjid,rumah dan setiap bilangan ahli rumah manakala mana-mana tempat sabkuzari yang belum membentuk jemaah tersebut di minta berbuat demikian bertujuan begi mengeluarkan banyak jemaah sebelum dan selepas ijtimak.seterusnya fokuskan usaha lebih kepada warga indonesia / philipines di kongsi-kongsi (rumah pekerja sementara) mereka dengan cara membuat Gasht ke-Dua di kongsi-kongsi tersebut,dan bawa mereka hadir pada malam perhimpunan markas..
disamping itu amal2 infradi juga perlu dijaga,setiap mohala di minta untuk membuat bacaan yasin samaada ijtima'e atau infradi setiap hari sebelum atau selepas mesyuarat harian dan doa supaya Allah mudahkan urusan ijtimak nanti.banyakkan sedeqah ,puasa sunat dan solat hajat di tengah malam dan doa,ujudkan halqah dakwah dan taalim di masjid bawa manusia kepada Allah s.w.t dengan perantaraan kerja nabi s.a.w dengan hikmah dan kasih sayang.hadirlah dalam mesyurat halqah atau kalau ada kemampuan hadirlah ke mesyuarat mingguan markas untuk membentang dan menyempurnakan takaza-takaza agama di seluruh alam.
orang-orang dirumah (wanita dan kanak-kanak) juga perlu di beri bahagian daripada ijtimak tersebut,sarankan mereka menghidupkan amal taalim,halqah dakwah dan muzakarah iman setiap hari..serta ajar mereka dengan kehidupan nabi s.a.w dan sahabat r.hum.dan galakan muhrim lelaki keluar di jalan Allah s.w.t.
semoga Allah s.w.t dengan ehsan dan rahimnya redho dengan usaha kita yang sedikit ini dan menjadikan asbab Allah sw.t menjayakan ijtimak nanti dan semoga Allah keluarkan banyak jemaah daripada ijtimak tersebut.
wasalamualaikum warah matullah,..
hamba yang dhaif dan lemah. SyafXXX A. labuan darul asbab 27 november 2008 3;30 pm