LOVE ONE part off ummat RASULULLAH S.A.W

Monday, October 27, 2008

DUHAI RAKAN SEUSAHA KU


Asalamualaikum...

semoga Allah S.W.T memberi saya kebaikan yang ada pada tuan2 serta menjauhkan tuan2 semua dari keburukan yang ada pada saya...

semoga tuan-tuan disana sedang sibuk menjalankan tugas sebenar kita sebagai ummat kepada nabi akhir zaman,.. dan giat melaksanakan amal baironi dan makomi,

dalam mesyuarat oleh syura2 malaysia bersama elderst2 di india dan pakistan pada ijtimak raiwind november lalu,syura2 malaysia menjemput elderst supaya dapat datang ke malaysia tahun 2009,.. jawapan yang di berikan adalah mereka bersetuju untuk datang ke Asean dalam safar mereka yang melibatkan negara Malaysia, Singapore, Indonesia dan Philipines.

syura-syura malaysia memutuskankan supaya diadakan ijtimak (perhipunan semalaysia) ketika kedatangan mereka ke malaysia pada 9 hingga 15 julai 2009..
sehubungan dengan itu rakan seusaha di seluruh negara diminta supaya tingkatkan pengorbanan serta menyediakan diri untuk menyempurnakan takaza-takaza agama samaada makomi atau baironi,.

bentuk jemaah khususnya orang-orang lama supaya dapat nusrah jemaah-jemaah yang bergerak di kawasan sabkuzari masing-masing dalam usaha memantapkan usaha di setiap kampung,setiap masjid,rumah dan setiap bilangan ahli rumah manakala mana-mana tempat sabkuzari yang belum membentuk jemaah tersebut di minta berbuat demikian bertujuan begi mengeluarkan banyak jemaah sebelum dan selepas ijtimak.seterusnya fokuskan usaha lebih kepada warga indonesia / philipines di kongsi-kongsi (rumah pekerja sementara) mereka dengan cara membuat Gasht ke-Dua di kongsi-kongsi tersebut,dan bawa mereka hadir pada malam perhimpunan markas..

disamping itu amal2 infradi juga perlu dijaga,setiap mohala di minta untuk membuat bacaan yasin samaada ijtima'e atau infradi setiap hari sebelum atau selepas mesyuarat harian dan doa supaya Allah mudahkan urusan ijtimak nanti.banyakkan sedeqah ,puasa sunat dan solat hajat di tengah malam dan doa,ujudkan halqah dakwah dan taalim di masjid bawa manusia kepada Allah s.w.t dengan perantaraan kerja nabi s.a.w dengan hikmah dan kasih sayang.hadirlah dalam mesyurat halqah atau kalau ada kemampuan hadirlah ke mesyuarat mingguan markas untuk membentang dan menyempurnakan takaza-takaza agama di seluruh alam.

orang-orang dirumah (wanita dan kanak-kanak) juga perlu di beri bahagian daripada ijtimak tersebut,sarankan mereka menghidupkan amal taalim,halqah dakwah dan muzakarah iman setiap hari..serta ajar mereka dengan kehidupan nabi s.a.w dan sahabat r.hum.dan galakan muhrim lelaki keluar di jalan Allah s.w.t.

semoga Allah s.w.t dengan ehsan dan rahimnya redho dengan usaha kita yang sedikit ini dan menjadikan asbab Allah sw.t menjayakan ijtimak nanti dan semoga Allah keluarkan banyak jemaah daripada ijtimak tersebut.

wasalamualaikum warah matullah,..

hamba yang dhaif dan lemah. SyafXXX A. labuan darul asbab 27 november 2008 3;30 pm

Saturday, August 30, 2008

perhimpunan lelaki islam terbesar di dunia

gambar yang tuan-tuan lihat di atas adalah salah satu jalan masuk ke medan ijtimak yang di ambil di salah sebuah penginapan di medan ijtimak tongi,bangladesh yang di anjurkan oleh jemaah tabligh,..
berpusu-pusu manusia ke perhimpunan ini bukan nak tunjuk perasaan bantah itu dan ini.. tiada bena-bena..(sepanduk atau poster) menyokong si Anu atau membantah si Anu.. tiada sebarang consert nashid di sini..atau bukan nak tengok BARCELONA lawan MANCHESTER UNITED..atau nak tengok LEE CHENG WEI lawan LEEN DAN ..tiada pergaduhan dan pertelingkahan di sini..
hanya yang kedengaran sahutan salam bersalam antara mereka..
hanya yang terlihat manis muka mereka antara satu dengan yang lain..
mereka datang dari kampung yang berlainan..lain pertuturan..lain bangsa..lain keluarga..
atas satu maksud,berhimpun untuk memuji dan membesarkan Allah serta menselawati keatas junjungan besar kita baginda S.A.W..sambil menghubungkan silaturahin antara sesama insan yang mendukung kalimah Lailahailallah,muhammadurrasulullah.
dalam perhimpunan ini wujudnya suasana yang telah wujud 1424 tahun dahulu di madinatul munawarah di zaman hayatnya kekasih Allah Muhammad S.A.W.
tiada caci mencaci.. memburukkan si Anu..semua nya tunaikan hak orang lain,..tiada yang menuntut hak,.masing-masing anggap orang lain lebih baik dari diriku sendiri.. dan masing - masing menganggap akulah yang bersalah,akulah yang jahil..akulah yang perlu berkhidmat kepada orang lain..
kulit hitam dan putih makan dalam satu dulang.. pemerintah dan yang di perintah makan lauk yang sama.. tidak nampak perbezaan kasta (darjat) di sini..
pengisian dalam perhimpunan ini adanya majlis-majlis ulama.. yang akan beri fikir akhirat,.
semua orang akan dengar nasihat2 dari ulama yang telah menghabiskan hayat mereka dalam usaha kenabian ini,..
waktu solah jemaah lebih 3 juta manusia meluruskan sof sepanjang 3 kilometer dan 2 kilometer ke belakang,berdiri menghadap Qiblat di pimpin 1 imam mereka menumpukan jasad dan ruh mereka menghadap Rab yang menjadikan langit dan bumi tanpa 1 speaker pun..yang ada hanya 1000 orang yang dilantik menjadi mukabir (orang yang menyampaikan takbir imam dengan suara yang kuat)
ulama yang akan beri fikir (nasihat ) terdiri dari orang-yang yang lama dalam usaha dakwah ini mereka mereka itu dah pergi seluruh dunia dengan duit sendiri tanpa sponser se sen rupiah pun dari kerajaan (tak kira lah kerajaan pusat ka perut ka) atau mana2 compeny..
pengorbanan mereka untuk agama lebih teruk dari pengorbanan ahli dunia untuk dapatkan dunia..
ada dia antara mereka yang sanggup berjalan dari lahore ke delhi di jalan Allah.. dalam masa setahun.. ada yang lebih dari itu..
itu pun mereka masih kata.."aku tak buat apa-apa pun untuk agama ni.... apalah sangat aku ni nak dibandingkan dengan sahabah R.hum."
ni.. ni dia orang yang cakap dia quran dan hadis..jiwa dia ke arah jiwa sahabat...hati..dia lebih risau ummat dari risau sarapan pagi.. ni dia orang yang kasih kan Allah dan Rasul lebih daripada seorang lelaki kasihkan bini di malam pertama..
orang macamni lah yang akan beri ucapan kepada 3 juta manusia lelaki islam disana.. selesai perimpunan ada ulama yang di putuskan untuk doa penutup.. masa ni hampir 6 juta biji mata insyaAllah akan mengalirkan titisan air mata.. memang tidak pun setiktik dua pun memang keluar.. kalau di himpunkan airmata ni aku ingat airnya cukup untuk mandi wajib 1 orang kot..
selepas selesai doa maka di bentuklah jemaah jemaah khuruj,yang akan keluar keseluruh dunia... masa aku pegi tahun 2006 dulu ada lebih dari 3780 jemaah daripadanya 13oo jemaah adalah jemaah 4 bulan dan 650 jemaah keluar negeri.. purata setiap jemaah ada lebih kurang 10-15 orang ..
jadi..aku nak cakap pun korang tak caya..aku dah tunjuk gamba pun tak caya... aku tunjuk video pun bnyak yang tak caya.. nak tau..korang pegilah sendiri... tiket penerbangan dari KUL-DKHA-KUL (kuala lumpur - dhaka-kuala lumpur) penerbangan Malaysia Airlines (MAS)(murah Rm 1480) hubungi 0193801760 (hj abu bakar) seri petaling.

Friday, August 29, 2008

apa kerja sebenar ummat ini?



untuk ubah keadaan dunia tak perlu ramai orang... 1 orang dah cukup..

nabi dlu pun 1 orang ja.. bila nabi terima wahyu baginda menggigil..balik rumah,khadijah R.Aha lihat wajah nabi yang mulia dalam keadaan pucat.. badan yang letih..kemudia khadijah selimutkan nabi S.A.W .. turun lagi jibril sampaikan wahyu.. "ya aiyuhal mudatsir! " wahai orang yang berselimut.. "qum fa an zir" bangun dan berilah peringatan..

kemudian nabi bg tahu khadijah;"wahai isteriku lipatlah alas tidurku ini

"la rauhata ba'dal yaum"selepas hari ini tiada rehat lagi bagi ku"

hari ini semua orang islam mahu agama maju,tapi masih lagi duduk atas sofa pasang aircond peluk anak bini sambil tengok forum ehwal islam..tengok oasis..konon nak menghidupkan keluarga harmoni dalam islam.. berilmu ,beriman ,beramal..apa ni semua.. nak agama maju macam ni? ulang lagi.. macam ni agama akan maju?

tuan-tuan.. agama di bina atas mujahadah..(kesusahan),nabi sudah dahulukan darah ,peluh dan air mata untuk beli hidayat yang ada pada kita skarang ni..

berapa ramai anak-anak para sahabah R.Hum dah di yatimkan.. berapa ramai wanita-wanita telah jadi janda.. ratusan nyawa telah syahid untuk sampaikan hidayat pada kita hari ini.?

tapi dengan mudah kita kata

"syukurlah aku islam..

syukurlah selamat kembali ketanah air,mudah-mudahan haji malboro..

syukurlah puasa tahun ni aku penuh

syukurlah negarku islam

syukurlah parti islam menang.."

sedangkan depan mata kita hari2 manusia mati tanpa iman,bukan saja orang bukan islam,.. tetapi orang islam pun mati tanpa iman..

nabi bagi tau sesekali..(tak mungkin) iman akan bercampur dengan kekufuran..

orang mabuk arak..pada ketika itu iman yang ada pada dia akan tercabut sehingga dia hilang mabuk.. orang berzina..ketika dia berzina tu iman tercabut selagi tak bertaubat.. iman takkan masuk balik ..hari ini berapa ramai orang islam minum arak,mabuk ..bawa kereta ..excident.. mati? adakah dia mati tanpa iman? begitu jugak penzina.. bukan itu sahaja.. dosa yang besar meninggalkan solah..berapa ramai orang islam mati tanpa solat?.. ya Allah,..

semua ini berlaku depan mata,..bukan tersembunyi,..

dosa yang dilakukan secara sembunyi maka balanya nya akan datang kepada orang yang melakukannya sahaja.. tapi..dosa yang di lakukan secara open..live..semua orang nampak..bala akan datang sacara pekej kepada semua yang tahu dan nampak maksiat itu..

tuan-tuan hari ini kita lihat.. wanita bukak aurat belakang kita ka depan kita? orang islam tak solat bersepah mana-mana.. so..kalau bala turun adakah kita yang nampak ni akan selamat? no..no..no...

kita pun akan sekali harung kena bala jugak beb..tak kira imam lebai tok siak.. pun pekej .. sebab apa? kita tak tegah maksiat ni dengan cara hikmah.. kita tak pimpin tangan -tangan yang berdosa ni kepada tangan yang memberi keampunan.. yang kita tahu.. HUKUM!!!..akta itu.akta ni..kanun tu..kanun syariah ni..palang 24 desh 21..dalam kurungan ini perenggan ke ini hukum tangkap basah.. ini..ini..ini.. hukum minum arak..ini..ini..ini..hukum tak posa.. ini..ini...ini..

kita anggap gantung poster si anu..inilah perjuangan..pangkah si pulan..inilah perjuangan..bila kita sudah di atas kita akan benteras yang di bawah.. konooonn...mahu duduk di atas tak mahu daki tangga dari bawah..boleh sampaika?nabi bina ummat ini dari bawah laa.. dari o.o.. adakah nabi suruh "wahai orang mekah.. 12 muharam nnti..kita ramai ramai bawa poster pangkah aku..'bila kita boleh kalahkan parti abu jahal kita boleh perintah mekah..kita buang semua berhala.."..adaka nabi buat cam ni?..pikir-pikirkan lah

fatimah bg tau ..matahari blum keluar..nabi dah keluar dari rumah dengan baju yang putih bersih..matahari dah terbenam..nabi tak masuk rumah lagi.. malam dah larut..baru nabi pulang.. dengan pakaian yang penuh debu..

seorang sahabat bg tau..semasa aku belum islam.. aku juga pergi haji,..(orang jahiliah dulu pun ada musim haji jugak..tapi hanya adat ja)aku lihat seorang lelaki pergi dari kemah ke kemah di arafah.. dia masuk satu kemah.. tak berapa lama dia terpelanting keluar.. dia pergi lagi di khemah yang lain.. ditendang keluar..begitulah sepanjang malam.. setelah aku datang kembali untuk memeluk islam baru lah aku tahu orang itu adalah baginda nabi S.A.W.

pernah ka kita jumpa ummat ni secara hati ke hati,slowtalk ngan ummat ni.. dengan kasih sayang..pujuk rayu,beritahu kelebihan amal agama ni..?

yang kita tau mahu kerajaan islam..parti islam..persatuan islam..bank islam..seni islam..muzik islam..radio islam.. universiti islam..forum islam..islam..islam..last sekali semua islam..tapi orang tak islam..

nabi buat usaha supaya orang jadi islam..hari ini orang islam dengan bukan islam sebijik sama luar dalam,zahir batin..

orang kafir pakai jeans..orang islam pun pakai jeans..

orang kafir kaya..orang islam pun kaya..

orang kafir simpan duit bank islam.. orang islam pun simpan duit bank islam

orang kafir beniaga time azan.. arang islam pun time azan terus beniaga jugak

orang kafir punya paham dengan duit kita berjaya.. orang islam punya kepahaman pun kalau ada duit kita berjaya..

apa nak jadi ni..?

kita kena kembali kepada usaha orang islam yang asal ;

imam malik RAH.bg tau"umat ini hanya boleh di islah (diperbaiki) dengan cara ummat di awal agama ini di perbaiki"

so sekarang kita dah jauh dari kerja asal kita..

tak da cara lain melainkan dengan kita kembali buat kerja yang diwariskan kepada kita..

tuan -tuan..untuk ubah dunia ni tak perlu ramai.. 1 orang dah cukup..

tapi,.. 1 orang yang macamana?.. orang yang sanggup bagi seluruh hidup atas apa yang dia buat..

sanggup hilang harta untuk agama.. snggup hilang segala-galanya untuk agama..

sanggup hilang martabat dunia kerana agama..

"aku sanggup tak makan sampai aku mati, tapi aku tak sanggup mati tanpa aku buat kerja nabi ini"

sekarang ni kita kena buat keputusan..agama maksud hidup..dalam bahasa urdhu" nabi kei kam hamara kam hei".kerja nabi kerja saya.. kita kena jadikan siang kita seperti siang nabi.. malam kita sperti malam nabi..kerisauan kita seperti kerisauan nabi..maksud kita (matlamat)seperti maksud nabi.. INSYAALLAH!!!!

JEMPUT DATANG KE MASJID SERI PETALING SETIAP SABTU ..PROGRAM DARI ASAR SEHINGA TERBIT MATAHARI HARI AHAD.

Thursday, August 28, 2008

bayan ta'arof


nahmaduhu wanusolli ala rasulihil karim... amma ba'du..




tuan tuan yang dimuliakan...


sebenarnya kemuliaan ,kehinaan adalah juga ciptaan Allah..


sesiapa sahaja yang Allah S.W.T. kehendaki dia mulia.. maka tetap baginya kemuliaan walaupun berhimpun semua makhluk di langit dan di bumi berusaha untuk menghinakannya.


begitu juga sebaliknya sesiapa sahaja yang Allah S.W.T kehendaki dia hina.. maka tetap baginya kehinaan walaupun berhimpun seluruh makhluk di langit dan di bumi berusaha untuk memuliakanya...




untuk memuliakan seseorang..Allah tidak perlu naik kan atas takhta menjadi raja,


atau menangkan dalam pilihan raya supaya dia jadi presiden


atau beri dia rupa yang cantik,tampan sedapkan suara dia jadi artis..


atau beri dia harta,emas,perak,minyak,duit jadikan dia jutawan dan sebagainya...




tetapi syarat kemuliaan disisi Allah adalah taqwa dengan iman yang tulin


untuk dapat iman sedemikian maka usaha nabi S.A.W perlu di buat dengan cara yang nabi S.A.W telah buat..


untuk buat usaha nabi:


tak perlu kerusi di parliment


tak perlu Diploma,master,phd..double degree..


tak perlu memangkah atau di pangkah


tak perlu angkat m-16,steyer,reifelt


tak perlu buat Album nyayian nashid,ketuhanan...


tak perlu buat persatuan islam..


tak perlu 1 sen rupiah punnn..




apa yang perlu.. adalah kerisauan dan keinginan terhadap agama.. bagaimana diri aku ini boleh amalkan agama cara nabi S,A.W..dan macamana ummat ini keseluruhannya boleh amalkan agama yang sempurna,mati dengan iman dalam ke Redho an Allah S.W.T ,selamat dari neraka masuk syurga tanpa hisab atau singgah dalam neraka sesaat pun.




dengan kerisauan inilah akan gerakkan


kaki untuk datang kepada perintah-perintah Allah S.W.T


kaki ini juga akan bergerak dari pintu ke pintu jumpa manusia dari akar umbi penginapan manusia di muka bumi ini.




telinga akan mencari-cari suara yang akan menceritakan kuasa mutlak Allah S.W.T


telinga ini jugak akan menolak semua ketegori muzik dan bunyi hiburan




mulut akan keluarkan suara membesarkan Dzat Allah S.W.T serta merendahkan kudrat makhluk.akan ceritakan hayat nabi-nabi dan pengorbanan dalam membuat dakwah serta kehidupan sahabah R.A.hum


mulut ini juga akan mengeluarkan lafaz dzikir,pagi dan petang dan setiap perbuatan akan di soundtrack kan dengan doa masnun..kecuali di tandas,


mulut ini jugak akan membaca Quran siang dan malam..




mata akan lihat objek yang halal di lihat,akan lihat kebaikan saudara islam dan kebaikan ummat,


mata ini akan terbuka di tengah malam dan akan keluarkan air tangisan dalam doa jika terlihat kesalahan ummat




tangan akan buat kebaikan pada umat,dan tangan ini juga akan menadah di tengah malam untuk rayu Allah S.W.T supaya selamatkan ummat seperti seorang pengemis menadah unutk sesuap nasi.




hati akan sentiasa gelisah..tentang kehidupan Akhirat.. dan suatu persoalan akan menghantui fikiran:-


"kalau aku mati sekarang adakah Allah S.W.T dengan aku?..apakah yang akan jadi pada ummat?..siapa yang akan pujuk mereka supaya datang kepada perintah Allah S.W.T..? adakah di akhirat aku boleh lepas dari mahkamah Allah. daripada dakwaan dan tuntutan ummat ini..?aku tak sampai lagi kerumah si fulan itu..sedangkan dia tahu aku selalu kemasjid..mungkin dia ternanti-nati baku datang kerumahnya.. kalau aku mati.. di Akhirat nnti dia tak akan lepaskan aku.. Ya Allah ampunkan aku".. aku solat..tetapi aku mencuaikan tanggungjawab UMMAT yang sebenar..ini adalah amanat nabi dan kekasihmu..tapi aku tak mampu sempurnakan dalam hayat ku"..ya Allah ampunkan aku.."




adakah semua yang aku kata di atas perlu 1 sen?


perlu undi? pangkah?perlu naik parliment? perlu sebutir peluru?perlu buat Album?perlu isi borang?perlu tubuhkan persatuan?perlu yuran?perlu itu dan ini..? haaaaa


kan aku dah kata.. no need anythinks




tapi perlu buat kerja nabi s.a.w cara nabi yang asal 1428 tahun dulu.. tanpa modifite ikut trend n kepala hotak sendiri.. dah tak perlu master mind lagi.. semua dah siap ada . peper work dah ada 6666 ayat tu la.. ikut jaa.. model dah ada Rasulullah s.a.w... n telah pun di praktikan oleh 124000 para sahabat R.A,Hum.. dan hasil dah terbukti..2/3 dunia (70% ) dunia ni bawah ta'luk orang islam.. masa tu xda internet pun..takda orang islam naik ke angkasa pun.. tak ada pilihan raya pun.. tak ada 1 kumpulan sahabat pun yang buat persatuan islam.. tak ada 1 album nasyid pun yang di nyanyikan oleh sahabat.. tak da universiti islam pun.. tapi anak2 orang islam jadi alim alimah.. hafiz hafizah.. besar ada yang jadi gabenor.. zaman hadrat umar islam merebak (explore) 52 batu (mile sehari).. kerajaan demi kerajaan kafir jatuh di bawah tapak kaki sahabat.. tanpa angkat sebilah pedang pun.. harta Rome Dan Farsi datang ke madinah ,gudang baitulmal di madinah tak cukup..sampai lebihan harta tu termasuklah mahkota Caisier (raja Rome)di longgok di padang pasir.. bebulan bulan terbiar.. sahabat tengok kemudian jalan..tengok..jalan ..tengok..jalan 1 sen haram tak ambik.. bila hadrat umar R.A kira harta ni 1 cincin pun tak hilang.. cek punya cek 1 mahkota jatuh tergolek kena kaki hadrat umar... dia pun geleng kepala..kemudian dia nangis dan dia kata


"ini lah dunia..inilah yang kamu anggap kemuliaan.. kini kemuliaan kamu di bawah tapak kaki aku.. kalau lah benda ini baik..sudah tentu dia akan datang kepada orang yang terbaik..tapi sayang.. kamu tak datang semasa hayat kekasih ku Muhammad S.A.W..makhluk terbaik..sekarang.. pergi!!..jauh!..jauh!..jauh dari ku!.."hadrat umar R.A terus sepak mahkota ini..




jadi tuan tuan..atas usaha dakwah dan tabligh yang dilaksanakan oleh sahabat R.A Hum inilah kita dapat sembah Allah sehingga ke hari ini..oleh itu mula saat ini pertama-tama kita kena taubat,istighfar atas 1 dosa yang besar..iaitu..selama ini kita mencuaikan tugas dakwah ... dan kita trus terjun takkan tengok belakang lagi..tiada apa yang menghalang aku lagi dari membuat kerja sebenar aku sebagai ummat ini lagi.. dan jadikan agama ini maksud hidup... inshaAllah!!!


untuk itu langkah pertama.. pergi masjid,jumpa dengan orang2 yang dah memang sedia ada dah buat kerja ini..bagi azam dengan mereka..ikut belajar iman..agama..kehidupan nabi..tinggalkan rumah..3 hari di surau lain atau lebih baik 40 hari di kawasan negeri kita atau negeri-negeri dalam negara kita..atau lagi..lagi..lagi..baik 4 bulan ke india pakistan dan bangladesh untuk lebih faham keja dakwah ini..azam!! insyaAllah..semoga Allah terima niat tuan2..amin..